Liga Super perkenal satu import ASEAN

Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) kini membenarkan pasukan Liga Super mendaftarkan lima pemain import termasuk seorang daripada Asia Tenggara atau ASEAN.
Menerusi penambahan ini, bermakna ia bakal menyaksikan masing-masing seorang import daripada Asia dan Asia Tenggara manakala bakinya bergantung kepada pilihan pasukan bertanding.
Namun hanya pemain Asia Tenggara yang memiliki 30 kap antarabangsa dibenarkan mendaftar dan syarat itu perlu dibuktikan menerusi surat rasmi daripada persatuan bolasepak negara masing-masing.
Saingan Liga Perdana kekal dengan kuota empat pemain import seperti diguna pakai ketika ini.
"Jika pemain yang dikehendaki kurang daripada 30 kap, pasukan boleh memohon pengecualian dan keputusan akhir adalah tertakluk kepada FMLLP. Dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.
"Bagi pertandingan Liga Perdana pula, kuota pemain asing adalah kekal iaitu 3 + 1 pemain Asia, menjadikan keseluruhan empat orang pemain," kata FMLLP menerusi satu kenyataan, hari ini.
Dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia, pasukan Liga Super bagaimanapun hanya dibenarkan menggunakan empat import bagi memberikan keseimbangan kepada pencabar lain dari Liga Perdana dan Liga FAM.
"Tujuannya adalah untuk beri keadilan kepada pasukan Liga Perdana dan Liga FAM. Peraturan ini berkuatkuasa serta merta sehingga 2022," kata kenyataan itu.
www.bharian.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==